"Romantis... isy aku takmain lah romantis romantis ni. Yang penting aku beri cukup makan minum padanyasetiap hari. Lagipun aku ni dah tua."
Realiti yang berlaku masa kini,ramai pasangan (secara umumnya) sudah agak bosan hidup sebumbung denganpasangan masing-masing. Nampak gaya rakan sekerja yang berlainan jantina dipejabat lebih "interesting" dan "caring".
Saya termenung sejenakmengingatkan satu persoalan dari seorang wanita semasa ceramah saya di Melakasuatu ketika dulu.
"Macamana nak buat denganperangai suami saya ni. Saya teringin sangat nak bersembang sakan macam di katakan tu dengan suami saya. Tapi dia ni... kalau dengan rakan sepejabat... bukanmain ligat lagi. Tapi dengan saya.... hambar je. Pernah saya travel dengankereta dari utara ke selatan... hampir basi air liur ni."
Cuba jawab soalan di bawahini. Jika jawapannya YA ...Insya Allah anda makin dekat dengan istilah pasanganyang romantis.
1. Bila berjauhan... seringmenelefon antara satu sama lain?
2. Kalau makan... teringatpasangan masing-masing?
3. Sentiasa peka denganpermasalahan pasangan masing-masing?
4. Jika bermasam muka - sentiasamendoakan agar pasangan diampunkan Allah dan jangan lupa untuk mengampunkanpasangan masing-masing?
Of course masa 'kabel' tengahrosak susah sikit nak berkomunikasi. Tetapi kebiasaannya apabila baik kembali -kasih sayang akan bertambah.
Kaji punya kaji... rupanya iaadalah sifat naluri manusia... suka di belai dan suka membelai. Ia adalahfitrah. Tetapi dalam dunia yang serba moden ini, manusia makin lama makin jauhdari kehidupan yang selari dengan fitrah. Cuba kita kaji kehidupan manusiaunggul di dunia ini.
Kehidupan Rasulullah S.A.W. Adakah beliau seorang yangromantis bila berinteraksi dengan isterinya?
Aisyah dipanggil dengan nama"Humaira". Apabila Rasulullah minum air dalam cawan yang dikongsibersama dengan isterinya, Baginda akan minum tempat mana Aisyah minum.
Beliau amat pelembut denganisteri-isterinya dan sering membantu kerja-kerja isterinya di rumah.
Kita sering dengar HassanAl-Banna sebagai seorang pendakwah hebat. Buku Cinta di Rumah Hassan Al-Bannasepatutnya di baca oleh setiap bapa yang hendak menggelarkan dirinya pejuangIslam. Begitu romantis sekali kehidupan mereka suami isteri. Pernah suatuketika rakan-rakannya datang ke rumah pada waktu malam. Isterinya sedang tidur.Beliau menyediakan makan minum untuk rakan-rakannya kerana tidak mahumenyusahkan isterinya yang sedang tidur lena.
Pada hemat saya yang dhaifini, jika kita pasangkan niat benar-benar berkahwin kerana hendak menyambungkerja-kerja dakwah yang sudah kita mulai semasa muda dan kita bernekadmemastikan isteri kita itu berada dalam soff dakwah, InsyaAllah kita akan mampuuntuk menjadikan medan di rumah itu sebagai medan amal dan dakwah.
Dengan izin Allah, isteri akandijadikan sebagai rakan kongsi dalam menyelesaikan permasalahan dakwah kita.Dia akan menjadi sumber rujukan apabila kita kebuntuan dalam menjalankerja-kerja dakwah kita. Akhirnya kerja-kerja dakwah kita akan menjadi ringan.Dan natijahnya kasih sayang yang berputik masa mula-mula mendirikan rumahtangga akan terus mekar sehingga akhir hayat kita.
Tetapi jika rumah tangga porakperanda, hubungan menjadi hambar, perjuangan isteri hanya tinggal di daporsahaja bagi menyediakan makan minum kita dan anak beranak, perbincangan dirumah tidak lebih dari perkara-perkara duniawi sahaja. Kerja-kerja dakwah kitaakan mudah terbantut dan silap silap gaya terkubur dengan masalah di rumah.

1 comment:
fuhhh hang nie dzul ada2 jer idea..tahniah idup blog kita kwn2 yg lain p mana ..tak buat N3 kaa hahahaa ilahjy pun tka de idea..
Post a Comment